Ikhlas adalah roh ibadah
Tidak ada ikhlas ibadah tidak ada roh
Ibadah tidak ada roh ibadah yang mati
Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh
Nyawa sudah tidak berguna
Ertinya ibadah dan kebajikan yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya) ibadah dan kebajikan itu tidak diterima
Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit tapi murni (ikhlas) daripada banyak ikhlasnya tidak ada, tertolak semuanya
Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga
Kerana ia penentu ibadah atau ekabikan kita ditolak atau diterima
Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan hendak ikhlas
Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata kerana Allah Taala
Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya
Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya , ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima
Tanda seseorang itu ikhlas di antaranya:
1. Orang puji atau keji sama sahaja. dipuji hati tidak berbunga, dikeji hati tidak pula derita.
2. kalau dia rajin atau beribadah sama ada di waktu seorang atau di waktu ramai sama aja.
3. kerana rajin bekerja atau buat kebaikan, dia tidak marah kalau orang lain tidak menolongnya.
4. apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau tidak buat kerja.
5. kalau dia membuat ibadah atau buat kerja, hatinya tidaklah pula berkata moga-moga ada orang melihat supaya ada orang memujinya
6. setiap kebaikan yang dia buat dia tidak suka orang lain melihatnya takut hatinya berbunga.
7. kalau dia dipuji susah hatinya, kalau di dikeji hatinya boleh menerimanya, hati kecilnya berkata, aku hamba memanglah ada cacat celanya.
8. dia membuat baik bukan kerana digesa-gesa, kemudian membuatnya kerana malu dengan manusia
9. dia membuat bukan kerana sudah kehendak masyarakat, kalau tidak dibuat apa kata orang pula.
10. kalau dia dipuji dia rajin atau buat, kalau dia dicaci dia tidak rajin atau tidak buat.
11. kebaikanya suka sangat hendak menyebut-nyebutnya supaya orang tahu.
12. di hadapan orang dia rajin, bertertib dan berakhlak, jika seorang dia buat hendak cepat-cepat dan cincai-cincai.
Untuk kita dapat tahu kita ini ikhlas atau tidak atau kurang ikhlas padankan yang 12 tadi dengan hati